Hadith – Kelebihan iman

Dari Hadzrat Anas r.a. berkata: Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda;

“Pada hari kiamat nanti aku akan dibenarkan untuk memberi syafaat kepada umatku, aku akan berkata: Wahai Tuhanku! masukkanlah ke dalam syurga setiap orang yang di dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi. (Maka Allah S.W.T. menerima syafaatku) maka orang-orang tersebut akan memasuki syurga. Kemudian aku berkata lagi: Wahai Allah S.W.T. masukkanlah ke dalam syurga bagi orang yang di dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar zarah.”

[al-Bukhaari, 7509]

Dari Abu Said Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. bersabda:

“Apabila dimasukkan ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka maka Allah S.W.T. berfirman: Keluarkanlah daripada api neraka sesiapa yang mempunyai iman walau sebesar biji sawi. Maka mereka dikeluarkan daripada api neraka dalam keadaan hitam legam (kerana hangus terbakar). Lantas mereka dimasukkan ke dalam sungai kehidupan, (sehingga menjadi putih dan segar) lalu tumbuh kembali sebagaimana tumbuhnya benih di tepi sungai yang mengalir (dengan subur). Tidakkah kamu lihat bagaimana ia tumbuh berputik dengan warna putih kekuningan.”

[al-Bukhaari, 22]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s