Hadith – Amalan buruk menyebabkan gempa bumi

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Apabila harta ghanimah dianggap sebagai hartanya sendiri, dan amanah yang diberikan dianggap sebagai miliknya, yang sepatutnya disampaikan kepada yang berhak dipakai umpama haknya sendiri. Zakat dianggap sebagai wang tebusan yang sepatutnya dikeluarkan dengan perasaan gembira tetapi dikeluarkan dengan dukacita. Ilmu dipelajari bukan untuk agama tetapi untuk kepentingan dunia. Suami mentaati isteri dan tidak mentaati ibunya. Kawan dirapatinya tetapi bapa dijauhinya. Masjid-masjid dijadikan tempat bising secara terbuka. Pemimpin masyarakat terdiri daripada orang fasik. Kumpulan yang paling hina menjadi pemimpin. Orang akan dimuliakan kerana takut dan kerana menghindari dari kejahatannya. Zahirnya penyanyi-penyanyi wanita dan muzik lebih digemari. Minuman-minuman arak menjadi kebiasaan. Ummat (generasi) yang kemudian mencaci dan memburuk-burukkan ummat yang terdahulu. (Ingatlah!) ketika itu akan berlaku angin merah, gempa bumi, bumi akan tenggelam, kecacatan pada wajah-wajah manusia akan berlaku, dan dari langit turunnya hujan batu. Dan berbagai penyakit akan terus datang satu persatu seumpama manik-manik yang terputus benangnya jatuh satu-persatu dengan laju.”

[at-Tirmidhi]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s