Hadith – Membantu Umat Islam

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘As r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah S.W.T. akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua khandak (parit) adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun.”

[Hakim]

Dari Jabir bin Abdullah r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Memberi makan kepada orang Islam yang lapar adalah di antara amal yang wajib mendapat pengampunan.”

[Baihaqi]

Dari Abu Said r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: 

“Barangsiapa yang memberi pakaian kepada orang-orang yang telanjang, maka Allah S.W.T. akan memakaikan pakaian hijau daripada syurga. Dan barangsiapa memberi makan kepada orang yang lapar, Allah S.W.T. akan memberi makan buah-buahan daripada syurga. Dan barangsiapa memberi minum kepada orang yang dahaga, akan diberi minum dari minuman arak yang asli yang telah dimohor (dicap).”

[Abu Daud]

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa, seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam? Baginda s.a.w. menjawab: 

“Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak.”

[al-Bukhari]

Dari Abdullah bin Umar r.huma berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. : 

“Sembahlah Ar-Rahman, berilah makan dan hamburkanlah salam dan (melalui amalan-amalan ini) kamu akan memasuki syurga dengan kesejahteraan.”

[at-Tirmidhi]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s